Apa itu Kemahiran Motor Halus?
Kemahiran Motor Halus adalah koordinasi pergerakkan otot ketika kita menggunakan tangan. Perkembangan kemahiran motor halus kanak - kanak seiring dengan perkembangan kemahiran pergerakkan, stabiliti, kognitif dan emosi/social kanak-kanak.
Perkembangan Kemahiran Motor Halus Mengikut Kumpulan Usia Bayi.
0 - 3 Bulan.
Pada usia ini, bayi sangat sedikit menggunakan tangan dan lengan. Bayi hanya menggerakkan lengan mereka secara bebas dan sentiasa dalam keadaan menggenggam.
3 – 6 Bulan
Pada usia ini, bayi mula menggunakan banyak kawalan terhadap genggaman mereka dan berusaha memegang objek.
6 – 12 Bulan
Pada usia diantara tujuh dan sembilan bulan, bayi kebiasaannya mula "menyatukan" tangan dan kakinya kepada posisi merangka. Walaupun bayi belum bergerak dari posisinya, menggerak - gerakkan badan ke depan-belakang adalah kemhiran penting dalam perkembangan tangannya.
12 – 16 Bulan.
Pada usia ini bayi mula menggunakan sebelah tangannya. Ketika memandang buku, bayi boleh menunjuk gambar. Bayi boleh menggenggam dan melepaskan objek.
16 – 20 Bulan
Pada usia 18 Bulan, kebanyakkan bayi mula boleh membina menara menggunakan kiub, menggunakan tangan, menconteng dan menunjuk menggunakan jari telunjuk.
20 – 24 Bulan.
Kemahiran Motor Kanak - kanak mula lebih baik. Kanak kanak sudah boleh melukis bentuk bulatan dan meniru garisan tegak. Memegang warna lilin diantara ibujari dan jari.
24 – 30 Bulan.
Pada usia 30 bulan, kebanyakkan bayi boleh memegang kertas (separuh), menyalin semula betuk tulisan mudah seperti garisan melintang dan membina menara sampai 8 tingkat.
30 - 36 Bulan.
Pada usia 3 bulan kanak - kanak boleh menguntai manik besar, menyelak buku, dan menggunting.
Asas Perkembangan Kemahiran Motor Halus.
Dalam membantu anak dalam kemahiran motor halus pada kebiasannya yang difikirkan ialah:
1. Mengait tali kasut
2. Menulis
3. Menggunting
Bagaimanapun, ada beberapa perkara asas yang perlu ambil perhatian sebelum mengusai kemahiran tersebut itu termasuk stability, koordinasi pelbagai dan emosi.
Stability ialah kekuatan dan kawalan keseimbangan antara satu anggota badan dalam pergerakkan.
Bilateral coordination
Koordinasi Dua Hala ialah kecekapan penggunaan kedua belah tangan semasa melakukan aktiviti. Sebelah tangan 'bekerja' manakala sebelah tangan lagi membantu. Perkembangan koordinasi dua hala akan boleh memandu tangan mana yang lebih dominan.
Sensation ialah mengetahui tangan, lengan dan jari dan tahu bagaimana untuk menggerakkannya. Semasa membina menara, kanak - kanak membina ketangkasan, bermaksud mereka akan menggunakan pergerakkan yang kecil, akurat dan persisten seperti membuka bekas plastik, memungut benda kecil, menyusun blok dan pelbagai kemahiran lain.