Sri Cahaya
PRASEKOLAH INTEGRASI (MASALAH PEMBELAJARAN) PROGRAM PRASEKOLAH INTEGRASI MENYEDIAKAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN BAGI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN YANG BERUMUR 4+ HINGGA 6 TAHUN DALAM JANGKA MASA SATU TAHUN ATAU LEBIH SEBELUM MASUK KE PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN ATAU KELAS BIASA DI SEKOLAH RENDAH.
Pages
Saturday, 7 March 2020
ADHD/ ADD ( Inattention )
Pemalas! Suka berangan! Bodoh! Biadap!
Antara konotasi yang sering kita hamburkan kepada anak- anak yang tidak menjadi seperti yang kita mahukan yang kita harapkan. Tidak kita dalam terang- terang, kita katakan dalam hati. Tidak pun itulah antara isi berbincangan kita. Kan...
Tahu kah kalian, boleh jadi mereka ini bukan saja- saja bertingkah begitu. Tahu kah kalian, mereka tidak tahu apa yang terjadi pada diri mereka apa lagi mahu menjadi seperti itu.
Saban kita salah- sangkah dengan anak- anak ini.
Pernah dengar ADHD/ ADD ( Inattention ) ?
Sunday, 8 February 2015
Motor Halus.
Apa itu Kemahiran Motor Halus?
Kemahiran Motor Halus adalah koordinasi pergerakkan otot ketika kita menggunakan tangan. Perkembangan kemahiran motor halus kanak - kanak seiring dengan perkembangan kemahiran pergerakkan, stabiliti, kognitif dan emosi/social kanak-kanak.
Perkembangan Kemahiran Motor Halus Mengikut Kumpulan Usia Bayi.
0 - 3 Bulan.
Pada usia ini, bayi sangat sedikit menggunakan tangan dan lengan. Bayi hanya menggerakkan lengan mereka secara bebas dan sentiasa dalam keadaan menggenggam.
3 – 6 Bulan
Pada usia ini, bayi mula menggunakan banyak kawalan terhadap genggaman mereka dan berusaha memegang objek.
6 – 12 Bulan
Pada usia diantara tujuh dan sembilan bulan, bayi kebiasaannya mula "menyatukan" tangan dan kakinya kepada posisi merangka. Walaupun bayi belum bergerak dari posisinya, menggerak - gerakkan badan ke depan-belakang adalah kemhiran penting dalam perkembangan tangannya.
12 – 16 Bulan.
Pada usia ini bayi mula menggunakan sebelah tangannya. Ketika memandang buku, bayi boleh menunjuk gambar. Bayi boleh menggenggam dan melepaskan objek.
16 – 20 Bulan
Pada usia 18 Bulan, kebanyakkan bayi mula boleh membina menara menggunakan kiub, menggunakan tangan, menconteng dan menunjuk menggunakan jari telunjuk.
20 – 24 Bulan.
Kemahiran Motor Kanak - kanak mula lebih baik. Kanak kanak sudah boleh melukis bentuk bulatan dan meniru garisan tegak. Memegang warna lilin diantara ibujari dan jari.
24 – 30 Bulan.
Pada usia 30 bulan, kebanyakkan bayi boleh memegang kertas (separuh), menyalin semula betuk tulisan mudah seperti garisan melintang dan membina menara sampai 8 tingkat.
30 - 36 Bulan.
Pada usia 3 bulan kanak - kanak boleh menguntai manik besar, menyelak buku, dan menggunting.
Asas Perkembangan Kemahiran Motor Halus.
Dalam membantu anak dalam kemahiran motor halus pada kebiasannya yang difikirkan ialah:
1. Mengait tali kasut
2. Menulis
3. Menggunting
Bagaimanapun, ada beberapa perkara asas yang perlu ambil perhatian sebelum mengusai kemahiran tersebut itu termasuk stability, koordinasi pelbagai dan emosi.
Stability ialah kekuatan dan kawalan keseimbangan antara satu anggota badan dalam pergerakkan.
Bilateral coordination
Koordinasi Dua Hala ialah kecekapan penggunaan kedua belah tangan semasa melakukan aktiviti. Sebelah tangan 'bekerja' manakala sebelah tangan lagi membantu. Perkembangan koordinasi dua hala akan boleh memandu tangan mana yang lebih dominan.
Sensation ialah mengetahui tangan, lengan dan jari dan tahu bagaimana untuk menggerakkannya. Semasa membina menara, kanak - kanak membina ketangkasan, bermaksud mereka akan menggunakan pergerakkan yang kecil, akurat dan persisten seperti membuka bekas plastik, memungut benda kecil, menyusun blok dan pelbagai kemahiran lain.
Tuesday, 14 January 2014
Tuesday, 15 October 2013
Aktiviti Tema Bunga
Untuk aktiviti kali ini teacha dan anak anak di bawa bersiar siar diluar kelas.. Memetik bunga... Berfoto dengan pokok bunga...
Setelah itu. Masuk kelas....
Melabel bahagian bunga...
Alhamdulillah N, B dan Alex boleh melabel nama dgn bantuan minima..
Monday, 14 October 2013
PENGURUSAN KELAS DAN KURIKULUM PRASEKOLAH INTEGRASI
- Program ini dijalankan di sekolah aliran perdana yang melaksanakan Program Integrasi Pendidikan Khas.
- Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah
- Berumur 4+ dan 5+ thn
- Disahkan oleh Pengamal Perubatan, dan
- Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
Sunday, 13 October 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)